PULAU PINANG memang terkenal sebagai sebuah negeri industri bukan saja di utara malah di Malaysia. Disamping itu Pulau Pinang juga merupakan destinasi perlancongan yang terkenal baik domestic mahu pun antarabangsa.
Statistic yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara
mencatitkan, bilangan pelawat harian pada tahun 2019 adalah seramai 154.4 juta
orang sementara bilangan pelancongnya pula seramai 84.7 juta orang.
Berdasarkan statistic ini membuktikan bidang pelancongan juga
merupakan sector utama dan amat penting bagi Pulau Mutiara. Namun tindakan
Rapid Ferry anak syarikat Prasarana
Malaysia Berhad amat merugikan sektor perlancongan.
Diyakini para pelancong domestic yang datang ke Pulau Pinang dengan kenderaan sendiri pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki feri kerana pengalamannya amat mengujakan.
Perkhimatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian
pulau dan tanah besar bermula 1894 yang diusahan oleh Quah Beng Kee bersaudara
Mereka hanya menggunakan bot kecil untuk mengangkut penumpang.
Pada tahun 1924 perkhidmatan feri ini telah diambil alih oleh
Lembaga Perlabuhan Pulau Pinang (LPPP) sepenuhnya. LPPP telah menaikan taraf
dengan membina feri yang boleh membawa
kenderaan. Feri yang di namakan “Seberang” ini dibina oleh Lembaga
Pelabuhan Singapura.
Memandangkan sambutan yang amat mengalakan maka LPPP telah
menambah lagi dua buah feri yang dinamakan “Tanjong” dan “Kulim” dan
kemudiannya pada tahun 1938 ditambah sebuah lagi yang dinamakan “Bagan”.
Namun perkhidmatan feri lumpah pada tahun 1941 sebab Perang
Dunia Kedua. Tentera Jepun telah menengelamkan feri “Tanjong” dan “Kulim”
diperairannya. Tentera Jepun telah membawa lari feri “Bagan” ke Sumatera.
Selepas Perang Dunia Kedua LPPP telah Berjaya membawa balik
feri “Bagan”. Setelah membaikinya LPPP telah menyambung kembali perkhidmatannya
pada tahun 1946.
Pada tahun 1956 LPPP telah dinamakan sebagai Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). SPPP kemudiannya Berjaya menambah 5 buah feri
yag boleh membawa penumpang dan kenderaan berat diantara tahun 1957 hingga
1959.
Pada tahun 1959 SPPP telah membina pengkalan feri baru
dibahagian pulau (Pengkalan Tun Uda) dan di bahagian tanah besar (Pengkalan
Sultan Abdul Halim) dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia,
Tunku Abdul Rahman Putra.
29 tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1988 Pengkalan Sultan
Abdul Halim runtuh. Terminal Feri Sultan Abdul Halim yang runtuh itu telah mengorbankan 32 orang dan 1,674 orang
cedera.
Punca utama tragedi
ini berlaku kerana kesesakan teruk di
Pangkalan Sultan Abdul Halim yang dianggarkan
sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum
Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St
Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di
Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Penganut
agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan
60 tahun sekali.
Mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur
hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi
Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta
ketika itu.
Media Utara telah berjaya menemui seorang mangsa Terminal
Sultan Abdul Halim yang runtuh itu, Ah Huat. Ah Huat ketika itu berusia 13
tahun cedera parah dan kini menjadi seorang OKU dan hidup sendian di Padang
Serai, Kedah.
Sesungguhnya tindakan syarikat Prasarana Malaysia Berhad atau
lebih tepat lagi Rapid Ferry telah menamatkan
perkhimatan ikonik feri amat mengejutkan warga Pulau Pinang, pada 1Januari 2021.
Malah sector perlancongan Pulau Pinang pasti akan terasa kehilangan produk
pelancong yang unik dan tidak ada di tempat lain.
TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS JIKA TUAN2/PUAN2 ADA KELAPANGAN BOLEH JUGA TENGOK VIDEO DARI CHANNEL YOUTUBE SAYA INI.