Jumaat, 15 Januari 2021

KEJUTAN WARGA PULAU PINANG DI TAHUN BARU

 PULAU PINANG memang terkenal sebagai sebuah negeri industri bukan saja di utara malah di Malaysia. Disamping itu Pulau Pinang juga merupakan destinasi perlancongan  yang terkenal baik domestic mahu pun antarabangsa.

Statistic yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara mencatitkan, bilangan pelawat harian pada tahun 2019 adalah seramai 154.4 juta orang sementara bilangan pelancongnya pula seramai 84.7 juta orang.

Berdasarkan statistic ini membuktikan bidang pelancongan juga merupakan sector utama dan amat penting bagi Pulau Mutiara. Namun tindakan Rapid Ferry anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad amat merugikan sektor perlancongan.


Diyakini para pelancong domestic yang datang ke Pulau Pinang dengan kenderaan sendiri pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki feri kerana pengalamannya amat mengujakan.

Perkhimatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar bermula 1894 yang diusahan oleh Quah Beng Kee bersaudara Mereka hanya menggunakan bot kecil untuk mengangkut penumpang.

 Pada tahun 1924  perkhidmatan feri ini telah diambil alih oleh Lembaga Perlabuhan Pulau Pinang (LPPP) sepenuhnya. LPPP telah menaikan taraf dengan membina feri yang boleh membawa  kenderaan. Feri yang di namakan “Seberang” ini dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura.

Memandangkan sambutan yang amat mengalakan maka LPPP telah menambah lagi dua buah feri yang dinamakan “Tanjong” dan “Kulim” dan kemudiannya pada tahun 1938 ditambah sebuah lagi yang dinamakan “Bagan”.

Namun perkhidmatan feri lumpah pada tahun 1941 sebab Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun telah menengelamkan feri “Tanjong” dan “Kulim” diperairannya. Tentera Jepun telah membawa lari feri “Bagan” ke Sumatera.

Selepas Perang Dunia Kedua LPPP telah Berjaya membawa balik feri “Bagan”. Setelah membaikinya LPPP telah menyambung kembali perkhidmatannya pada tahun 1946.

Pada tahun 1956 LPPP telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). SPPP kemudiannya Berjaya menambah 5 buah feri yag boleh membawa penumpang dan kenderaan berat diantara tahun 1957 hingga 1959.

Pada tahun 1959 SPPP telah membina pengkalan feri baru dibahagian pulau (Pengkalan Tun Uda) dan di bahagian tanah besar (Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra.

29 tahun kemudian iaitu pada 31 Julai 1988 Pengkalan Sultan Abdul Halim runtuh. Terminal Feri Sultan Abdul Halim yang runtuh itu  telah mengorbankan 32 orang dan 1,674 orang cedera.

Punca utama  tragedi ini berlaku kerana  kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim yang dianggarkan  sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali.

Mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Media Utara telah berjaya menemui seorang mangsa Terminal Sultan Abdul Halim yang runtuh itu, Ah Huat. Ah Huat ketika itu berusia 13 tahun cedera parah dan kini menjadi seorang OKU dan hidup sendian di Padang Serai, Kedah.

Sesungguhnya tindakan syarikat Prasarana Malaysia Berhad atau lebih tepat lagi Rapid Ferry  telah menamatkan perkhimatan ikonik feri amat mengejutkan warga Pulau Pinang, pada 1Januari 2021. Malah sector perlancongan Pulau Pinang pasti akan terasa kehilangan produk pelancong yang unik dan tidak ada di tempat lain.


TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS JIKA     TUAN2/PUAN2  ADA KELAPANGAN BOLEH JUGA TENGOK VIDEO       DARI CHANNEL YOUTUBE SAYA INI.


BAGI TUAN2/PUAN YANG BERMINAT MENULIS BOLEH JUGA MENGHASILKAN RENCANA, CERPEN ATAU PUISI UNTUK 
MEDIA UTARA. CERPEN DAN PUISI YANG DISIARKAN 
AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK DIANTOLOGI 
APABILA CUKUP JUMLAHNYA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan