Ahad, 15 Oktober 2017

JOM BERENDAM DI KOLAM AIR PANAS


Jom kita ke Ulu Legong Baling, Kedah dan berendam dalam kolam air panas di sana. Terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza.

Bagi anda yang hanya ingin mandi dan berendam dalam kolam air panas ini di nasihatan datang pada sebelah malam kerana waktu ini  suhu sejuk pada waktu  ini boleh mengurangkan suhu panas air kolam.

Pengunjung juga disarankan supaya memastikan dahulu tahap kesihatan diri sesuai dengan tahap kepanasan setiap kolam yang berbeza. Sebuah laluan batu urut refleksologi juga ada disediakan kepada pengunjung oleh  Pihak Pusat Rekreasi Air Panas ini.

Jika anda ingin bermalam dan menjalankan pelbagai aktiviti lain pihak pengurusan pusat ini telah menyediakan pelbagai kemudahan  seperti   dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.

Di sini juga terdapat tempat penginapan seperti chalet dan juga tapak untuk berkhemah. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori  disediakan untuk pengunjung .Taman Rekreasi ini sangat selesa dan sesuai datang bersama keluarga.

Pusat Rekeasi ini diuruskan oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Tiket untuk masuk ke Taman ini ialah RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk orang dewasa. Pusat rekreasi ini  beroperasi 24 jam sehari. Jadi, anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda ini berkunjung ke sini dan ingin dan membuat tempahan di Chalet yang di sediakan boleh menghubungi  pihak pengurusan pusat rekresi ini seperti di bawah :

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026


Emel : prapul@mdbaling.gov.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan