BN BAKAL KECUNDANG DI PERAK
PERAK Darul Redzuan adalah negeri yang besar dengan
mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN. Salah satu kerusi parlimen di
negeri ini diwaikili oleh Timbalan Perdana Menteri berkemungkinan akan menjadi Perdana Menteri
sekiranya BN terus berkuasa dalam politik negara. Persoalannya mampukah BN
terus mencengkam politik Negara? Juga mampukah Datuk Seri Zahid Hamidi selaku
Perdana Menteri melangkah ke kerusi nombor 1 politik Negara?
Berdasarkan senerio politik semasa bagi menghadapi PRU 14
dirasakan agak mustahil. Pertama rakyat memang terasa tekanan dengan kos
kehidupan yang tinggi. Namun pemimpin-pemimpin politik kerajaan seolah-olah
menafikan keadaan yang menyelumbungi kehidupan rakyat. Rakyat melihat tidak ada
usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan mengekang keadaan ini dalam memberikan
keselasaan kepada rakyat.
Keadaan menjadi bertambah parah apabila bekas Perdana
Menteri selama 22 tahun dipilih oleh PAKATAN HARAPAN untuk mengetuai PRU ini
bagi pihak pembangkang malah mereka telah menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri sekiranya PAKATAN RAKYAT memenangi PRU kali ini.
Memang diakui Tun Dr. Mahathir juga melakukan kesilapan
semasa berapa dipuncak kekuasaannya selama 22 tahun. Namun Tun Dr. Mahathir
pernah bergelut dengan kemelesetan ekonomi tidak membebankan rakyat dengan
cukai yang membebankan seperti GST. GST adalah cukai yang zalim dari persiapan
anak yang baru hendak lahir sehingga orang tua yang tidak bekerja, OKU malah
orang yang mati pun perlu membayarnya.
Zaman Tun Dr. Mahathir berkuasa selama 22 tahun rakyat tidak
senang tapi rakyat tidak merasa tekanan dan kesusahan sepertimana hari ini.
Keadaan ini memberikan indikasi yang rakyat perlu memilih Tun Dr. Mahathir
kembali berkuasa bagi memulihkan Negara serta meringgan beban tanggungan
rakyat.
Jesteru itu Perak yang pernah jatuh ke tangan pembangkang
ketika itu dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT akan kembali kepada pembangkang yang
kini di kenali sebagai PAKATAN HARAPAN. Berdasarkan analisa dan ramalan yang di
buat PAKATAN HARAPAN akan memenangi 25 kerusi DUN dan BN akan memenangi 21
kerusi DUN. Baki 13 kerusi DUN keadaan agak seimbang namun kelebihan kepada
PAKATAN HARAPAN. PAKATAN HARAPAN hanya memerlukan 5 daripada 13 kerusi DUN itu
untuk memiliki majority mudah menguasai negeri Perak.
Kerusi DUN yang bakal di kuasai oleh PAKAN HARAPAN sebanyak 25 kerusi ialah N17 Pokok Asam, N18 Aulong, N21 Lintang,
N22 Jalong, N24 Hulu Kinta, N25 Canning,N26 Tebing Tinggi, N27 Pasir Pinji, N28
Bercham, N29 Kepayang, N30 Buntong, N31 Jelapang, N32 Menglebu, N33 Tronoh, N37
Pantai Remis, N38 Astaka, N41 Malim Nawar,N42 Keranji, N45 Simpang Pulai, N46
Teja, N47 Chendering, N48 Ayer Kuning, N54 Hutan Melintang, N45 Pasir Bedamar
dan N57 Sungkai.
Sementara kerusi DUN yang bakal dikuasai oleh BN sebanyai 21 kerusi ialah N1 Pengkalan Hulu, N3 Kenering, N4 Kota
Tampan, N5 Selama, N10 Alor Pongsu,N11 Gunung Semangol, N12 Selinsing, N14
Cangkat Jering, N15 Trong, N15 Chenderoh, N20 Lubuk Merbau, N23 Manjoi,N35 Manong,
N39 Belanja,N 40 Bota,N50 Kampong Gajah, N51 Pasir Panjang, dan N58 Slim.
Manakala baki 13 kerusi DUN yang kekuatan agak seimbang yang
bakal menentukan kemenangan mana-mana parti di Perak ialah N2 Temengor, N9
Kuala Kurau, N3 Kuala Sepetang, N16 Kemunting, N34 Bukit Chandan, N36 Pengkalan
Baharu, N43 Tualang Sekah, N44 Sungai Rapat, N49 Sungai Manik, N51 pangkor, N53
Rungkup, N56 Changkat Jong dan N59
Behrang.
Kalau kita analisa
kedudukan di atas terutama kerusi DUN yang dimenangi oleh PAKATAN HARAPAN
majoritinya adalah kerusi yang diwakili oleh calon berbangsa China. Oleh kerana Perak hamper pasti akan menjadi
milik PAKATAN HARAPAN disarankan orang melayu di Perak agar membantu berusaha
memenangkan calon PAKATAN HARAPAN terutama di 13 kerusi yang dikatakan seimbang
itu. Kemenangan calon melayu pasti akan membantu menguatkan kedudukan orang
melayu dalam Kerajaan Negeri Perak. Jangan
jadi macam PRU yang lepas di mana
PAKATAN RAKYAT telah meletak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin tapi tanpa
kuasa muklak.
Bagi kerusi Parlimen pula PAKATAN HARAPAN dijangka menang 15
daripada 24 kerusi parlimen yang dipertandingkan.Kerusi parlimen yang dijangka dimenangi oleh PAKATAN
HARAPAN ialah P54 Grik, P57 Parit Buntar, P60 Taiping, P62Sungai Siput, P63
Tambun, P64 Ipoh Timor, P65 Ipoh Barat, P66 batu Gajah, P67 Kuala Kangsar, P68
Bruas, P70 Kampar, P71 Gopeng, P72 Tapah, P76 Telok Intan dan P77 Tanjong Malim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan