Selasa, 8 Mei 2018

ANALISA DAN RAMALAN PRU 14 BAGI NEGERI PERAK


BN BAKAL KECUNDANG DI PERAK







PERAK Darul Redzuan adalah negeri yang besar dengan mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN. Salah satu kerusi parlimen di negeri ini diwaikili oleh Timbalan Perdana Menteri  berkemungkinan akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN terus berkuasa dalam politik negara. Persoalannya mampukah BN terus mencengkam politik Negara? Juga mampukah Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Perdana Menteri melangkah ke kerusi nombor 1 politik Negara?

Berdasarkan senerio politik semasa bagi menghadapi PRU 14 dirasakan agak mustahil. Pertama rakyat memang terasa tekanan dengan kos kehidupan yang tinggi. Namun pemimpin-pemimpin politik kerajaan seolah-olah menafikan keadaan yang menyelumbungi kehidupan rakyat. Rakyat melihat tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan mengekang keadaan ini dalam memberikan keselasaan kepada rakyat.

Keadaan menjadi bertambah parah apabila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dipilih oleh PAKATAN HARAPAN untuk mengetuai PRU ini bagi pihak pembangkang malah mereka telah menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya PAKATAN RAKYAT memenangi PRU kali ini.

Memang diakui Tun Dr. Mahathir juga melakukan kesilapan semasa berapa dipuncak kekuasaannya selama 22 tahun. Namun Tun Dr. Mahathir pernah bergelut dengan kemelesetan ekonomi tidak membebankan rakyat dengan cukai yang membebankan seperti GST. GST adalah cukai yang zalim dari persiapan anak yang baru hendak lahir sehingga orang tua yang tidak bekerja, OKU malah orang yang mati pun perlu membayarnya.

Zaman Tun Dr. Mahathir berkuasa selama 22 tahun rakyat tidak senang tapi rakyat tidak merasa tekanan dan kesusahan sepertimana hari ini. Keadaan ini memberikan indikasi yang rakyat perlu memilih Tun Dr. Mahathir kembali berkuasa bagi memulihkan Negara serta meringgan beban tanggungan rakyat.

Jesteru itu Perak yang pernah jatuh ke tangan pembangkang ketika itu dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT akan kembali kepada pembangkang yang kini di kenali sebagai PAKATAN HARAPAN. Berdasarkan analisa dan ramalan yang di buat PAKATAN HARAPAN akan memenangi 25 kerusi DUN dan BN akan memenangi 21 kerusi DUN. Baki 13 kerusi DUN keadaan agak seimbang namun kelebihan kepada PAKATAN HARAPAN. PAKATAN HARAPAN hanya memerlukan 5 daripada 13 kerusi DUN itu untuk memiliki majority mudah menguasai negeri Perak.

Kerusi DUN yang bakal di kuasai oleh PAKAN HARAPAN sebanyak 25 kerusi  ialah N17 Pokok Asam, N18 Aulong, N21 Lintang, N22 Jalong, N24 Hulu Kinta, N25 Canning,N26 Tebing Tinggi, N27 Pasir Pinji, N28 Bercham, N29 Kepayang, N30 Buntong, N31 Jelapang, N32 Menglebu, N33 Tronoh, N37 Pantai Remis, N38 Astaka, N41 Malim Nawar,N42 Keranji, N45 Simpang Pulai, N46 Teja, N47 Chendering, N48 Ayer Kuning, N54 Hutan Melintang, N45 Pasir Bedamar dan N57 Sungkai.

Sementara kerusi DUN yang bakal dikuasai oleh BN  sebanyai 21 kerusi  ialah N1 Pengkalan Hulu, N3 Kenering, N4 Kota Tampan, N5 Selama, N10 Alor Pongsu,N11 Gunung Semangol, N12 Selinsing, N14 Cangkat Jering, N15 Trong, N15 Chenderoh, N20 Lubuk Merbau, N23 Manjoi,N35 Manong, N39 Belanja,N 40 Bota,N50 Kampong Gajah, N51 Pasir Panjang, dan N58 Slim.

Manakala baki 13 kerusi DUN yang kekuatan agak seimbang yang bakal menentukan kemenangan mana-mana parti di Perak ialah N2 Temengor, N9 Kuala Kurau, N3 Kuala Sepetang, N16 Kemunting, N34 Bukit Chandan, N36 Pengkalan Baharu, N43 Tualang Sekah, N44 Sungai Rapat, N49 Sungai Manik, N51 pangkor, N53 Rungkup,  N56 Changkat Jong dan N59 Behrang.

Kalau kita analisa kedudukan di atas terutama kerusi DUN yang dimenangi oleh PAKATAN HARAPAN majoritinya adalah kerusi yang diwakili oleh calon berbangsa China.  Oleh kerana Perak hamper pasti akan menjadi milik PAKATAN HARAPAN disarankan orang melayu di Perak agar membantu berusaha memenangkan calon PAKATAN HARAPAN terutama di 13 kerusi yang dikatakan seimbang itu. Kemenangan calon melayu pasti akan membantu menguatkan kedudukan orang melayu dalam  Kerajaan Negeri Perak. Jangan jadi macam PRU yang lepas  di mana PAKATAN RAKYAT telah meletak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin tapi tanpa kuasa muklak.

Bagi kerusi Parlimen pula PAKATAN HARAPAN dijangka menang 15 daripada 24 kerusi parlimen yang dipertandingkan.Kerusi  parlimen yang dijangka dimenangi oleh PAKATAN HARAPAN ialah P54 Grik, P57 Parit Buntar, P60 Taiping, P62Sungai Siput, P63 Tambun, P64 Ipoh Timor, P65 Ipoh Barat, P66 batu Gajah, P67 Kuala Kangsar, P68 Bruas, P70 Kampar, P71 Gopeng, P72 Tapah, P76 Telok Intan dan  P77 Tanjong Malim

Baki 9 Kerusi Parlimen yang berjaya dikuasai oleh BN ialah P55 Lengong, P56 Lumut, P58 Bagan Serai, P59 Bukit Gantang, P61 Padang Rengas, P69 Parit, P73 Pasir salak, P74 Lumut dan P75 Bagan Datok.

ANALISA DAN RAMALAN PRU 14 UNTUK NEGERI PULAU PINANG


BENTENG BN DI PULAU PINANG HAMPIR RANAP


SUDAH dua penggal PAKATAN HARAPAN yang dulunya PAKATAN RAKYAT menguasai Pulau Pinang. Kerajaan PAKATAN HARAPAN DI Pulau Pinang dikuasai oleh DAP dan dibantu oleh PKR. PAKATAN HARAPAN Berjaya menguasai kesemua kerusi yang bermajoriti China dan menyaksikan parti-parti komponen BN seperti GEARAKAN dan MCA kehilangan kerusi.  

Dalam PRU 13 hanya UMNO parti komponen BN yang mampu bernafas di Pulau Pinang. BN melalui UMNO berjaya memenangi  3 daripada 13 kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sementara UMNO  yang mewakili BN Berjaya memenangi 10 daripada 40 kerusi DUN. Mampukah BN melalui UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang? Mampukah parti komponen BN yang lain mampu mengugat PAKATAN HARAPAN di Pulau Pinang?

Berdasarkan analisa dan ramalan yang dibuat mendapati parti komponen BN seperti GERAKAN dan MCA hampir pasti tidak berjaya mengugat kekuatan PAKATAN RAKYAT.  Analisa  yang dibuat mendapati sokongan masyarakat China kepada PAKATAN HARAPAN bertambah kuat,  bagi mereka Kerajaan Pusat cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pelbagai skandal dan sehingga kini gagal dibuktikan sedangkan  segala skandal Kerajaan Persekutuan disembunyikan.

Kepimpinan  UMNO di Pulau Pinang juga cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Mereka cuba melemparkan pelbagai masalah Melayu Pulau Pinang kini berpunca daripada DAP yang hanya baru dua penggal berkuasa. Orang melayu yang rasional sedar punca masalah melayu Pulau Pinang sudah lama sejak Kerajaan Negeri di kuasai oleh BN yang diterajui oleh GERAKAN. Ketika itu pemimpin UMNO dilihat membisu apa saja yang dibuat oleh GERAKAN.

Pemimpin UMNO di Pulau Pinang juga menyerang DAP sebagai Kerajaan Negeri yang anti Islam dan sebagainya. Usaha itu gagal apabila Kerjaan Negeri yang dipimpin oleh DAP telah memperuntukkan yang banyak RM457 juta kepada hal-ehwal agama sejak 2008, iaitu peningkatan 84% berbanding RM249 juta bagi tempoh masa yang sama panjang sebelum 2008 yang dipimpin oleh GERAKAN.

Malah Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga  memperuntukkan untuk sekolah agama di negeri  berjumlah RM55.3 juta sejak tahun 2008. Ini tidak termasuk tanah yang diambil alih atau yang diberi kepada sekolah agama. Sekolah agama tidak hanya menerima RM1.75 juta setiap tahun, tetapi jumlah yang lebih besar, di bawah portfolio Exco bagi hal-ehwal agama Islam.

Namun segala dakyah yang dilemparkan oleh para pemimpin UMNO gagal menyakinkan orang melayu di Pulau Pinang kecuali aktivis UMNO.  Kini keadaan bertambah parah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan  sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya PAKATAN HARAPAN menang dalam PRU kali ini. Tindakan bijak kepimpinan tertinggi PAKATAN HARAPAN mampu menarik lebih banyak sokongan orang melayu kepada PAKATAN HARAPAN.

Berdasarkan keadaan  ini didapati 3 kerusi parlimen BN/UMNO iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau juga berada dalam keadaan goyah  dan tidak mustahil tumbang dalam PRU kali ini. Jika tumbang bermakna PAKATAN HARAPAN berjaya menyapu bersih 13 kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sekiranya UMNO Pulau Pinang ingin mengekalkan 3 kerusi Parlimen ini mereka kena berusaha mendapat sokongan orang melayu sebanyak 50% dan sokongan masyarakat lain sebanyak 30%.
Pengkiraannya seperti berikut :-



Bukan sekadar kerusi parlimen melayu yang tergugat diyakini kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO 10 kerusi juga berada dalam keadaan cukup bahaya dan boleh tumbang dalam pilihanraya kali ini. Hanya tiga DUN milik UMNO yang dirasakan agak  selamat, DUN-DUN itu ialah N1 Penaga,  N4 Permatang Berangan dan N5 Sungai Dua.

Apabila kita berbicara  mengenai pilihanraya di Pulau Pinang maka tidak akan lengkap sekiranya tidak memperkatakan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kawasan parlimen pencetus gerakan reformasi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya kali ini PAKATAN HARAPAN menamakan PUTERI REFORMASI Nurul Izzah anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengiraan yang dibuat Nurul Izzah Berjaya mempertahan kerusi parlimen tersebut walaupun mendapat tentangan yang agak sengit dari Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh yang telah lama bekerja. Namun Nurul Izzah tetap berjaya mempertahankannya.


Bagaimana pula DUN  N11 Permatang Pasir yang merupakan satu-satu kerusi PAS di Pulau Pinang sebelum ini. Diyakini PAS telah mengimpot sejak sekian lama pendokong tegar PAS untuk mengundi di DUN tersebut. Berdasarkan pengkiraan yang dibuat PAS juga akan berputih mata kali ini dan kerusi tersebut akan di menangi oleh calon PAKATAN HARAPAN, Muhammad Faiz Fadzil anak Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.


Hakikatnya di Pulau Pinang PAKATAN HARAPAN menyapu bersih 13 kerusi parlimen dan 37 kerusi daripada 40 kerusi DUN. Kejayaan ini pastinya membantu memudahkan laluan PAKATAN HARAPAN ke PUTRAJAYA.

Ahad, 6 Mei 2018

ANALISA DAN RAMALAN PRU 14 UNTUK NEGERI KEDAH


BN TUMPAS LAGI DI KEDAH



MUNGKIN ramai yang terkejut melihat tajuk di atas. Adakah mustahil BN akan kalah di Kedah dalam PRU 14 ini? Hakikatnya tidak mustahil Kedah telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12, di mana PAS menerajui Kerajaan Negeri.

Kita jangan beranggapan PAS mempunyai kekuatan ketika itu dan akan  kembali menawan Kedah dalam PRU 14. Kejayaan PAS ketika itu dibantu oleh rakan-rakan dalam PAKATAN RAKYAT. Kini PAS bersendiri PAS tidak akan mampu merealisasikan impian ini.

Tinjau rambang yang di buat PAS hanya mempunyai pengundi tegar di sekitar 20 hingga 25 peratus dikalangan pengundi melayu di sebelah negeri-negeri di pantai barat semenanjung. Dalam keadaan politik hari ini PAS tidak akan mendapat undi dari bangsa lain. Kalau pun ada di sekitar bawah 5 peratus daripada undi bangsa lain jadi dalam pengkiraan ini tidak diambil kira.

Dalam PRU 13 disamping PAS menghadapi konflik kepimpinan dan BN menggunakan aura Tun Dr. Mahathir dengan menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir maka BN berjaya menawan kembali Kedah. Namun hayat Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar tidak lama dan besar kemungkinan gara-gara tindakan Tun Dr. Mahathir yang tidak begitu menyenangi kepimpinan Datuk Seri Najib.

Hari ini Tun Dr. Mahathir yang mempunyai legasi memerintah negara selama 22 tahun kembali turun ke gelanggang dan PAKATAN HARAPAN telah menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya PAKATAN HARAPAN memang dalam PRU ke 14 ini. Pastinya  aura Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat membantu PAKATAN HARAPAN bukan saya menawan Kedah dan tidak mustahil negara kita.

Kita akui Tun Dr. Mahthir Mohamad bukan tidak pernah melakukan kesilapan semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri tetapi sepanjang pemerintahannya rakyat tidak susah dan tertekan walaupun tidak senang. Berbanding dengan waktu ini bukan saja rakyat yang tertekan malah ketua-ketua jabatan pun tertekan kerana budget kurang kerja kena jalan seperti biasa.

Hari ini orang biasa hendak membeli ikan temenung (Ikan Kembong) pun kena termenung panjang, apa tidaknya kalau sekilogram mencapai RM15.00 ke atas. Sedangkan ikan termenung dulu-dulu adalah makanan rautin orang susah dan orang-orang yang banyak  anak.  

Lagi pun majoriti  rakyat dapat merasa kegemilangan kejayaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 90an. Kini mereka akan kembali bersama sekiranya PAKATAN HARAPAN  menang dan peluang ini adalah peluang terbaik Tun Dr. Mahathir menebus kembali kesilapannya menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. 

Jesteru itu aura kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan saja akan mempengaruhi  keputusan politik di Kedah malah mengcangkupi seluruh negara kecuali Sabah dan Serawak.  Jadi BN tidak boleh pandang ringan perkara ini.

Berdasarkan analisa di atas dan banyak lagi faktor lain pengkiraan dibuat mendapati PAKATAN HARAPAN  hampir  pasti menawan negeri Kedah. Pengkiraan yang dibuat mendapati BN hanya akan memenangi sebanyak lebih kurang 14 kerusi DUN manakala PAKATAN HARAPAN dijangka menang 22 kerusi DUN. Manakala di peringkat Parlimen pula PAKATAN RAKYAT dijangka menang 11 kerusi  dan BN hanya mampu menang di 4 kerusi.

Malah Datuk Seri Ahmad BashahMd. Hanipah, Menteri Besar Kedah yang menang dengan majoriti  895 di N11 DUN Suka Menanti dijangka akan tewas kepada calon PKR Zamri Yusof. Pengkiraannya seperti di bawah.




Manakala Tun Dr. Mahthir Mohamad dijangka menang dengan majority 2511 undi. Aura Tun Dr. Mahathir akan membantu DUN N1 Ayer Hangat dan DUN N2 Kuah. Aura Tun Dr. Mahathir  juga akan menjalar ke kawasan parlimmen Kubang Pasu yang pernah diwakilinya  dulu serta kawasan Parlimen Jerlun  dan DUN Jitra yang ditandingi oleh anaknya Datuk Seri Mukhriz. Pengkiraannya seperti berikut.




Banyak pemerhati poliitik meramalkan Datuk Mahfuz Omar yang bertanding mengekalkan kerusinya di P8 Pokok Sena akan kecundang kerana mereka  beranggapan parlimen itu adalah kubu kuat PAS.  Namun pengkiraan yang dibuat sebaliknya Datuk  Mahfuz Omar dijangka akan mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majority bertambah.

Faktor pengundi Cina sebanyak 16.4% daripada jumlah pengundi 87, 068 banyak membantu. Disamping itu sebelum Datuk Mahfuz Omar membuat keputusan menyertai AMANAH beliau telah mengatur strateginya di Pokok Sena. Lihat pengkiraan di bawah.



Kawasan Parlimen yang dijangka di menangi oleh Pakatan Harapan ialah P4 Langkawi, P5 Jerlun, P6 Kubang Pasu, P8 Pokok Sena, P9 Alor Setar, P10 Kuala Kedah, P12  Jerai, P14 Merbok, P15 Sungai Petani, P17 Padang Serai dan P18 Kulim-Bandar Baharu.

Kerusi Parlimen yang dijangka dimenangi oleh BN, P7 Padang Terap, P11 Pendang, P13 Sik dan  P 16 Baling.

Bagi Kerusi DUN pula Pakatan Harapan  Berjaya memenangi N1 Ayer Hangat,N2 kuah, N3 Kota Seputih, N4 Ayer Hitam, N5 Bukit kayu Hitam, N6 Jitra, N11 Derga, N12 Suka Menanti, N13 Kota Darul Aman, N14 Alor Mengkudu, N15 Anak Bukit, N16 Kubang Rotan, N17 Pengkalan Kundor, N22 Gurun,n25 Bukit Selambau,N26 Tanjong Dawai, N28 Bakar Arang, N29 Sidam, N33 Merpau Pulas, N34 Lunas, N35 Kulim dan N 36 Bandar Baharu.

Sementara BN pula N7 Kuala Nerang, N8 Pedu, N9 Bukit Lada, N10 Bukit Pinang, N18 Tokai,  N19 Sungai Tiang, N20 Sungai Limau, N21 Guar Cempedak, N23 Belantek, N24 Jeneri, N27 Pandai Merdeka, N30 Bayu, N31 Kupang, N32 Kuala Ketil,

ANALISA DAN RAMALAN PRU 14 UNTUK NEGERI PERLIS




PERLIS Indera Kayangan adalah negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia. Perlis  adalah antara kubu kuat BARISAN NASIONAL (BN).

Dalam PRU ke 13 Perlis telah menyumbangkan 3 kerusi Parlimen kepada BN. Di peringkat DUN pula Perlis hampIr menyapu bersih 15 kerusi. BN hanya kalah di N8 kerusi Indera Kayangan ditangan Pakatan Rakyat ketika itu dengan majority 1,092 undi.

Negeri Perlis bersempadan dengan negara Thailand dan disebabkan mata wang kita jatuh dan para peniaga di Selatan Thailand tidak mahu menjual barangan mereka  dengan menggunakan duit kita pasti memberikan kesan kepada masyarakat di negeri Perlis. Akibat nilai mata wang jatuh juga barangan Thailang yang dulunya agak murah sudah jadi mahal. Berdasarkan keadaan ini pastinya memberikan implikasi yang besar dalam keputusan PRU kali ini.

Disamping itu kehadiran kembali bekas Perdana Menteri selama 22 tahun mengetuai PAKATAN HARAPAN pasti akan memberikan kesan yang bukan kecil bagi negeri Perlis dalam PRU kali ini. Malah kesannya mengcangkupi seluruh semenanjung

Bedasarkan analisa dan ramalan yang dibuat mendapati Perlis masih kuat dan mamp
u bertahan. Namun BN Perlis akan berhadapan dengan saigan yang cukup sengit silap langkah akan ada kerusi palimen yang kalah. Berdasarkan analisa ini Datuk Seri Shahidan Kasim dijangka selamat.

Bersandarkan analisa yang dibuat Perlis akan kalah dua lagi kerusi DUN menjadikan tiga. Kerusi DUN yang di jangka kalah ialah N8  INDERA KAYANGAN yang memang menjadi milik pembangkang dalam pilihanraya lepas dan dua lagi DUN ialah N9 DUN KUALA PERLIS dan N11 DUN PAUH.

Nampaknya tindakan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man yang berpindah ke DUN Bintong sebenarnya berjaya menyelamatkan dirinya dari kalah. Namun begitu berdasarkan pengkiraan yang dibuat Menteri Besar Perlis itu dijangka menang dengan majority di bawah 500 undi. Kiraan yang di buat Datuk Seri Azlan Man hanya menang dengan majority 221 undi. Sekiranya PAKATAN HARAPAN Berjaya mendekati dan mendapat undi melayu di sekitar 5% kerusi ini pasti menjadi milik mereka. 


DUN Bintong  memiliki jumlah pengundi sebanyak 11,994 pengundi dan diandaikan 80% kehadiran maka pengundi DUN Bintong dianggarkan seramai 9,595 pengundi.  Perkiraannya seperti berikut :-

 



Sementara  PAS tidak akan mampu mencabar kerana dianggarkan bilangan penyokong dan pendokong parti tersebut di pantai barat sekitar 20 – 25 %. Sementara lain-lain bangsa hamper tidak ada yang akan mengundi PAS. Kalau pun ada di bawah 5% dalam pengkiraan yang dibuat tidak mengambil kira. Kehadiran PAS hanya semata-mata untuk mencuri undi PAKATAN HARAPAN. Sekiranya PAS terus bersama PAKATAN HARAPAN BN pasti akan melalui jalan yang lebih sukar.