BENTENG BN DI PULAU PINANG HAMPIR RANAP
SUDAH dua penggal PAKATAN HARAPAN yang dulunya PAKATAN
RAKYAT menguasai Pulau Pinang. Kerajaan PAKATAN HARAPAN DI Pulau Pinang
dikuasai oleh DAP dan dibantu oleh PKR. PAKATAN HARAPAN Berjaya menguasai
kesemua kerusi yang bermajoriti China dan menyaksikan parti-parti komponen BN
seperti GEARAKAN dan MCA kehilangan kerusi.
Dalam PRU 13 hanya UMNO parti komponen BN yang mampu
bernafas di Pulau Pinang. BN melalui UMNO berjaya memenangi 3 daripada 13 kerusi parlimen di Pulau
Pinang. Sementara UMNO yang mewakili BN
Berjaya memenangi 10 daripada 40 kerusi DUN. Mampukah BN melalui UMNO berjaya menambah
kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang? Mampukah parti komponen BN yang lain
mampu mengugat PAKATAN HARAPAN di Pulau Pinang?
Berdasarkan analisa dan ramalan yang dibuat mendapati parti
komponen BN seperti GERAKAN dan MCA hampir pasti tidak berjaya mengugat
kekuatan PAKATAN RAKYAT. Analisa yang dibuat mendapati sokongan masyarakat
China kepada PAKATAN HARAPAN bertambah kuat,
bagi mereka Kerajaan Pusat cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
dengan pelbagai skandal dan sehingga kini gagal dibuktikan sedangkan segala skandal Kerajaan Persekutuan
disembunyikan.
Kepimpinan UMNO di
Pulau Pinang juga cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai
oleh DAP. Mereka cuba melemparkan pelbagai masalah Melayu Pulau Pinang kini
berpunca daripada DAP yang hanya baru dua penggal berkuasa. Orang melayu yang
rasional sedar punca masalah melayu Pulau Pinang sudah lama sejak Kerajaan
Negeri di kuasai oleh BN yang diterajui oleh GERAKAN. Ketika itu pemimpin UMNO
dilihat membisu apa saja yang dibuat oleh GERAKAN.
Pemimpin UMNO di Pulau Pinang juga menyerang DAP sebagai
Kerajaan Negeri yang anti Islam dan sebagainya. Usaha itu gagal apabila Kerjaan
Negeri yang dipimpin oleh DAP telah memperuntukkan yang banyak RM457 juta
kepada hal-ehwal agama sejak 2008, iaitu peningkatan 84% berbanding RM249 juta
bagi tempoh masa yang sama panjang sebelum 2008 yang dipimpin oleh GERAKAN.
Malah Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memperuntukkan untuk sekolah agama di negeri berjumlah RM55.3 juta sejak tahun 2008. Ini
tidak termasuk tanah yang diambil alih atau yang diberi kepada sekolah agama.
Sekolah agama tidak hanya menerima RM1.75 juta setiap tahun, tetapi jumlah yang
lebih besar, di bawah portfolio Exco bagi hal-ehwal agama Islam.
Namun segala dakyah yang dilemparkan oleh para pemimpin UMNO
gagal menyakinkan orang melayu di Pulau Pinang kecuali aktivis UMNO. Kini keadaan bertambah parah apabila Tun Dr.
Mahathir Mohamad dinamakan sebagai Perdana
Menteri Malaysia sekiranya PAKATAN HARAPAN menang dalam PRU kali ini. Tindakan
bijak kepimpinan tertinggi PAKATAN HARAPAN mampu menarik lebih banyak sokongan
orang melayu kepada PAKATAN HARAPAN.
Berdasarkan keadaan ini didapati 3 kerusi parlimen BN/UMNO iaitu
Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau juga berada dalam keadaan
goyah dan tidak mustahil tumbang dalam
PRU kali ini. Jika tumbang bermakna PAKATAN HARAPAN berjaya menyapu bersih 13
kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sekiranya UMNO Pulau Pinang ingin mengekalkan
3 kerusi Parlimen ini mereka kena berusaha mendapat sokongan orang melayu
sebanyak 50% dan sokongan masyarakat lain sebanyak 30%.
Pengkiraannya seperti berikut :-
Bukan sekadar kerusi parlimen melayu yang tergugat diyakini
kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO 10 kerusi juga berada dalam keadaan cukup bahaya
dan boleh tumbang dalam pilihanraya kali ini. Hanya tiga DUN milik UMNO yang
dirasakan agak selamat, DUN-DUN itu
ialah N1 Penaga, N4 Permatang Berangan
dan N5 Sungai Dua.
Apabila kita berbicara mengenai pilihanraya di Pulau Pinang maka
tidak akan lengkap sekiranya tidak memperkatakan Parlimen Permatang Pauh yang
merupakan kawasan parlimen pencetus gerakan reformasi iaitu Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Dalam pilihanraya kali ini PAKATAN HARAPAN menamakan PUTERI REFORMASI
Nurul Izzah anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengiraan yang dibuat
Nurul Izzah Berjaya mempertahan kerusi parlimen tersebut walaupun mendapat
tentangan yang agak sengit dari Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh
yang telah lama bekerja. Namun Nurul Izzah tetap berjaya mempertahankannya.

Bagaimana pula DUN N11 Permatang Pasir yang merupakan satu-satu
kerusi PAS di Pulau Pinang sebelum ini. Diyakini PAS telah mengimpot sejak
sekian lama pendokong tegar PAS untuk mengundi di DUN tersebut. Berdasarkan
pengkiraan yang dibuat PAS juga akan berputih mata kali ini dan kerusi tersebut
akan di menangi oleh calon PAKATAN HARAPAN, Muhammad Faiz Fadzil anak Presiden
PAS Datuk Fadzil Noor.
Hakikatnya di Pulau Pinang PAKATAN HARAPAN menyapu bersih 13
kerusi parlimen dan 37 kerusi daripada 40 kerusi DUN. Kejayaan ini pastinya
membantu memudahkan laluan PAKATAN HARAPAN ke PUTRAJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan