BN TUMPAS LAGI DI KEDAH
MUNGKIN ramai yang terkejut melihat tajuk di atas. Adakah
mustahil BN akan kalah di Kedah dalam PRU 14 ini? Hakikatnya tidak mustahil
Kedah telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12, di mana PAS
menerajui Kerajaan Negeri.
Tinjau rambang yang di buat PAS hanya mempunyai pengundi
tegar di sekitar 20 hingga 25 peratus dikalangan pengundi melayu di sebelah negeri-negeri di pantai barat semenanjung. Dalam keadaan
politik hari ini PAS tidak akan mendapat undi dari bangsa lain. Kalau pun ada
di sekitar bawah 5 peratus daripada undi bangsa lain jadi dalam pengkiraan ini
tidak diambil kira.
Dalam PRU 13 disamping PAS menghadapi konflik kepimpinan dan
BN menggunakan aura Tun Dr. Mahathir dengan menamakan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir maka BN berjaya menawan kembali Kedah. Namun hayat Datuk Seri Mukhriz
sebagai Menteri Besar tidak lama dan besar kemungkinan gara-gara tindakan Tun
Dr. Mahathir yang tidak begitu menyenangi kepimpinan Datuk Seri Najib.
Hari ini Tun Dr. Mahathir yang mempunyai legasi memerintah negara
selama 22 tahun kembali turun ke gelanggang dan PAKATAN HARAPAN telah
menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya PAKATAN HARAPAN memang
dalam PRU ke 14 ini. Pastinya aura Tun
Dr. Mahathir Mohamad dapat membantu PAKATAN HARAPAN bukan saya menawan Kedah
dan tidak mustahil negara kita.
Kita akui Tun Dr. Mahthir Mohamad bukan tidak pernah
melakukan kesilapan semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri tetapi sepanjang
pemerintahannya rakyat tidak susah dan tertekan walaupun tidak senang.
Berbanding dengan waktu ini bukan saja rakyat yang tertekan malah ketua-ketua
jabatan pun tertekan kerana budget kurang kerja kena jalan seperti biasa.
Hari ini orang biasa hendak membeli ikan temenung (Ikan Kembong)
pun kena termenung panjang, apa tidaknya kalau sekilogram mencapai RM15.00 ke
atas. Sedangkan ikan termenung dulu-dulu adalah makanan rautin orang susah dan
orang-orang yang banyak anak.
Berdasarkan analisa di atas dan banyak lagi faktor lain
pengkiraan dibuat mendapati PAKATAN HARAPAN
hampir pasti menawan negeri Kedah.
Pengkiraan yang dibuat mendapati BN hanya akan memenangi sebanyak lebih kurang
14 kerusi DUN manakala PAKATAN HARAPAN dijangka menang 22 kerusi DUN. Manakala
di peringkat Parlimen pula PAKATAN RAKYAT dijangka menang 11 kerusi dan BN hanya mampu menang di 4 kerusi.
Manakala Tun Dr. Mahthir Mohamad dijangka menang dengan
majority 2511 undi. Aura Tun Dr. Mahathir akan membantu DUN N1 Ayer Hangat dan
DUN N2 Kuah. Aura Tun Dr. Mahathir juga
akan menjalar ke kawasan parlimmen Kubang Pasu yang pernah diwakilinya dulu serta kawasan Parlimen Jerlun dan DUN Jitra yang ditandingi oleh anaknya
Datuk Seri Mukhriz. Pengkiraannya seperti berikut.
Banyak pemerhati poliitik meramalkan Datuk Mahfuz Omar yang
bertanding mengekalkan kerusinya di P8 Pokok Sena akan kecundang kerana mereka beranggapan parlimen itu adalah kubu kuat
PAS. Namun pengkiraan yang dibuat
sebaliknya Datuk Mahfuz Omar dijangka
akan mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majority bertambah.
Faktor pengundi Cina sebanyak 16.4% daripada jumlah pengundi
87, 068 banyak membantu. Disamping itu sebelum Datuk Mahfuz Omar membuat
keputusan menyertai AMANAH beliau telah mengatur strateginya di Pokok Sena.
Lihat pengkiraan di bawah.
Kawasan Parlimen yang dijangka di menangi oleh Pakatan
Harapan ialah P4 Langkawi, P5 Jerlun, P6 Kubang Pasu, P8 Pokok Sena, P9 Alor
Setar, P10 Kuala Kedah, P12 Jerai, P14
Merbok, P15 Sungai Petani, P17 Padang Serai dan P18 Kulim-Bandar Baharu.
Kerusi Parlimen yang dijangka dimenangi oleh BN, P7 Padang
Terap, P11 Pendang, P13 Sik dan P 16
Baling.
Bagi Kerusi DUN pula Pakatan Harapan Berjaya memenangi N1 Ayer Hangat,N2 kuah, N3
Kota Seputih, N4 Ayer Hitam, N5 Bukit kayu Hitam, N6 Jitra, N11 Derga, N12 Suka
Menanti, N13 Kota Darul Aman, N14 Alor Mengkudu, N15 Anak Bukit, N16 Kubang
Rotan, N17 Pengkalan Kundor, N22 Gurun,n25 Bukit Selambau,N26 Tanjong Dawai,
N28 Bakar Arang, N29 Sidam, N33 Merpau Pulas, N34 Lunas, N35 Kulim dan N 36
Bandar Baharu.
Sementara BN pula N7 Kuala Nerang, N8 Pedu, N9 Bukit Lada,
N10 Bukit Pinang, N18 Tokai, N19 Sungai
Tiang, N20 Sungai Limau, N21 Guar Cempedak, N23 Belantek, N24 Jeneri, N27
Pandai Merdeka, N30 Bayu, N31 Kupang, N32 Kuala Ketil,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan